Minggu, 16 Maret 2014
Ketika Tuhan menciptakan wanita

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,
"Mengapa begitu lama menciptakan wanita, Tuhan?"
Tuhan menjawab,
"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang saya ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan keterpurukan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".
Malaikat menjawab dan takjub,
"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!
Tuhan menjawab,
"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan bisa bekerja 18 jam sehari".
Malaikat mendekat dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,
"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"
Tuhan menjawab,
"Itu tidak seperti yang kau bayangkan, itu adalah air mata."
"Untuk apa?", tanya malaikat.
Tuhan melanjutkan,
"Air mata adalah salah satu cara dia mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona laki-laki, ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki wanita. Dia dapat mengatasi beban lebih dari laki-laki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri, dia mampu tersenyum saat hatinya menjerit, mampu menyanyi saat menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa saat ketakutan. Dia berkorban demi orang yang dicintainya, dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, dia girang dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran. Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.
CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA, DIA SERING LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."
Sumber : kaskus.us
Sabtu, 15 Maret 2014
Babak akhir sebelum Mursi ditahan
‘ASTAGHFIRULLAH,Astaghfirullah, Astaghfirullah, ALLAHUAKBAR’ mulutnya tidak pernah lekang dari terus berzikir memohon pertolongan Yang Maha Esa.
“Ini adalah ujian ALLAH buatku, DIA maha mengetahui dan DIA tahu aku mampu menanggung dugaan ini,” bisiknya di dalam hati.
Jam di dinding rumah Kelab Pengawal Presiden Republikan di Kaherah dipandang beberapa kali sambil bersilang tangan.
Langkahnya ke kiri dan ke kanan dari bangun dia duduk dan berjalan ke jendela. Perkara itu dilakukan sejak awal kedatangannya ke pejabat baru di rumah itu, seolah menanti sesuatu.
Pintu diketuk dan sekumpulan tentera menyerbu masuk ke pejabat gerakan itu. Keadaan sedikit huru hara kerana lebih daripada sepuluh anggota pergerakan itu cuba menghalang kehadiran tentera daripada berjumpa beliau.
“Tidak mengapa biarkan mereka masuk dan sediakan kerusi,” pintanya memberi arahan kepada seorang ahli kumpulan itu.
“Silakan duduk Encik Abdel, apa hajat dan apa yang boleh saya bantu,” katanya kepada Menteri Pertahanan, Jeneral Abdel Fattah al Sisi dengan tenang.
Hatinya yang dari malam kelmarin dirundung keresahan itu terlerai lalu berdetik adakah saatnya sudah sampai? Adakah aku akan berpisah dengan isteriku, Najlaa yang selama ini menjadi kekuatanku dan lima anakku, tiga orang cucuku serta ratusan pengikutku?
Wajah Abdel ditatap tanpa gentar.
“Tuan Presiden, kami hanya ingin membuat permintaan mudah, tempoh 48 jam telah berlalu dan kami mohon tuan mengumumkan peletakan jawatan bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban dan protes di negara ini,” kata Abdel.
“Ente langkah mayat saya dahulu. Saya rela mati demi rakyat Mesir. Perjuangan ini akan saya teruskan hingga ke titisan darah terakhir,” katanya sambil menggenggam erat kerusinya, menahan marah.
Bergelar Hafiz dan dibesarkan dengan penuh didikan agama tidak memungkinkan beliau untuk bangkit menerajang tetamu tidak diundang itu. Tingginya pegangan agama beliau membuatkan dia menjadi insan paling sabar sekuat imannya.
“Tuan...rakyat, ulama, hakim dan anggota keselamatan, Perdana Menteri Hesham Kandil semuanya mendesak tuan untuk berundur. Terlalu banyak kesilapan yang telah tuan lakukan. Banyak jawatan kerajaan tuan serahkan kepada Ikhwanul Muslimin, masalah ekonomi gagal ditangani. Berundurlah!,” pinta Abdel.
“Ente langkah mayat aku dulu!,” Mursi mengulangi kata-katanya itu.
Hakikatnya, puluhan kereta perisai telah ditempatkan di jalan-jalan utama sekitar bandar Kaherah. Puluhan khemah didirikan oleh penyokong anti Mursi dan pejabat Ikhwanul Muslimin juga sudah beberapa kali di pecah.
“Sekiranya tuan tidak mahu mengikut arahan kami, saya menggunakan kuasa sebagai menteri untuk mengarahkan tuan dan pengikut lain dikenakan perintah tahanan di rumah. Tuan dan pengikut lain tidak dibenarkan keluar, semua talian media dan telefon terpaksa diputuskan. Ini ARAHAN TERAKHIR KAMI!,” katanya dan terus berlalu meninggalkan Mursi.
“Jangan susah ALLAH sentiasa melindungi kita dan ada penyelesaian untuk masalah ini. Anda jangan melawan dan hanya mengikut arahan sahaja, biarkan mereka berkuasa tetapi yakinlah ALLAH akan membantu kita,” katanya kepada pengikut beliau yang mulai kecoh.
Kira-kira setengah jam kemudian, sepasukan tentera komando menyerbu ke rumah itu mengacukan senapang ke arah ahli pergerakan Ikwanul Muslimin.
“Jangan halang tugas kami! Kami menerima arahan untuk membawa Mursi pergi!,” kata seorang komando.
“Jangan! Jangan! Jangan! Tidak Ente tidak boleh buat begitu, Tuan Mursi tidak melakukan kesalahan dan atas tujuan apa dia ditangkap dan ke mana dia akan dibawa? Biarkan aku ikut serta, tangkaplah aku sekali, aku rela berjuang bersama dia?” teriak timbalan ketua pergerakan itu, Rashad Bayoumi.
“Itu bukan urusan Ente!,” balasnya.
“Tuan sila ikut kami!” Lengan Mursi digenggam dan pemimpin itu akur mengikut arahan.
Di ruang rumah itu jugalah puluhan media berkumpul untuk menjadi saksi penahanan Mursi.
“Tentera telah membawa Mursi pergi dan kami yakin Abdel tidak akan melayan tuntutan kami. Kami naif....Kami tidak sangka Jeneral mengkhianati Presiden yang melantiknya dahulu,” kata jurucakap Ikhwan Muslimin, Murad Ali kepada sekumpulan media.
“Anda yakin Mursi tidak akan meletakkan jawatan selepas ditahan?,” tanya seorang wartawan.
“Tidak! Kami dan beliau sanggup dipenjarakan, Mursi tidak akan memberikan kuasa kepada tentera,” katanya.
“Adakah anda sedar tempoh 48 jam telah berakhir tetapi kenapa Tuan Presiden masih berdegil?,” tanya wartawan itu lagi.
“Wahai pemberita anda perlu tahu pada 23 Jun lalu arahan itu datangnya dari cetusan idea Duta Amerika Syarikat, Anne Patterson! Adakah Ente tahu, Asaad el-Sheikh dan Rifaah el-Tahtawy adalah sekutu AS. AS selama ini berpura-pura simpati terhadap nasib tentera Mesir berpangkalan Port Said dan Ismailia di Terusan Suez adalah SANDIWARA!
“Ente tahu tujuan AS bersimpati adalah mahu mewujudkan sekutu tentera yang baru!, Adakah anda ingin membiarkan perkara itu berlaku? Di manakah maruah Umat Islam dan anda sebagai rakyat Mesir?” jelas Ali.
************
“Najlaa, aku rasa demi keselamatan Ente, anak-anak dan cucu kita, elok la kita berpindah. Istana Ittihadiya tidak selamat. Aku dapat rasakan kebangkitan rakyat untuk menentang pemerintahanku akan berlaku pada 30 hari bulan ini. Kita belum terlambat. Masih ada enam hari untuk kita bersiap dan mengemas. Bawalah Al-Quran, pakaianmu dan sejadah lebih supaya senang pengikutku untuk berjemaah di rumah kelab nanti,” katanya.
“Baik dan segala tuntutanmu akan ku penuhi. Ente jangan bimbang keselamatan kami dilindungi ALLAH,” kata wanita tabah itu.
Sejurus tiba di rumah kelab, kelihatan barisan puluhan tentera mengawal di sekitar kediaman itu. Berpakaian lengkap dengan senjata.
“Helo, Tuan Presiden. Abdel sini. Tuan tahu apa yang berlaku di luar sana?”
“Ya saya tahu Jeneral.” kata Mursi pendek.
“Tuan, tempoh 48 jam makin hampir. Jangan lupa perjanjian kita. Apa kata, kalau kami menawarkan pelindungan keselamatan untuk tuan dan keluarga dengan meninggalkan Mesir dan pergilah ke Turki, Libya atau ke tempat lain. Asalkan tuan melepaskan jawatan,” pintanya.
“Ente langkah mayatku dahulu!. Assalam alaikum!” Ganggang terus diletakkan.
‘"Astaghfirullah, Subhanallah, ALLAHHU AKBAR..." bisiknya di dalam hati.
************
Pada 3 Julai, seawal jam 5 pagi askar mula mengawal seluruh jalan di Kaherah. Kenderaan tentera, ratusan polis ditempatkan. Jutaan penyokong pro dan anti Mursi berhimpun di Dataran Tahrir.
Bendera berkibar dengan lautan manusia memenuhi segenap ruang menanti pengumuman. Media sosial dan stesen televisyen bagaikan mengalami kesesakan trafik. Jutaan mesej di Twitter dan Facebook disampaikan sepanjang menanti detik pengumuman tengah hari nanti.
“Dengan kuasa yang ada pada saya, saya mengumumkan kerajaan akan mengambil kuasa di Mesir dan Presiden Muhamed Mursi digulingkan. Pembentukan kerajaan sementara akan diketuai Adly Mansur sehingga tarikh pilihan raya ditetapkan,” begitulah ucapan ringkas Jeneral Abdel Fattah di stesen televisyen.
Jumat, 14 Maret 2014
Pembunuhan pegawai bank Tiada perikemanusiaan

Suami serta dua anak Allahyarham menabur bunga rampai ke pusara Norazita selepas tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Itam Labu, Kampar, semalam.

Ibu Allahyarham, Norsham terpaksa di papah oleh sanak saudaranya sebaik tiba di kediamannya, semalam.
KAMPAR - Ahli keluarga mangsa tembakan, Norazita Abu Talib, 37, menyifatkan insiden pembunuhan pegawai bank itu sebagai tindakan kejam.
Sepupu, Musa Othman, 50, berkata, meskipun mereka reda dengan kematian berkenaan, namun terkilan dengan insiden yang dilakukan tanpa rasa perikemanusiaan itu.
“Pada mulanya kami sangka ia kematian biasa, tak sangka Allahyarham pergi dalam keadaan tragis begini.
“Dia cuma seorang perempuan, kenapa masih ada orang sanggup lakukan sebegitu? Kalau nak kata marah, memang kami marah, geram pun ada, beberapa saudara lain ada yang tak sanggup nak lihat gambar kejadian pun,” katanya ketika ditemui di Kampung Air Itam Labu, di sini, semalam.
Musa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Poliklinik Kampar berkata, berita kematian itu hanya diketahui kira-kira jam 8 malam sebelum memaklumkan kepada ibu dan bapa Norazita.
Katanya, ibu Allahyarham, Norsham Abd Kadir, 63, rebah di kediaman sebaik mengetahui insiden itu sebelum dibawa ke Kuala Lumpur bersama suaminya, Abu Talib Md Isa, 75.
“Pada mulanya mereka dimaklumkan Allahyarham kena tembak, hanya pada panggilan kedua, barulah kami dimaklumkan yang Allahyarham sudah tiada,” katanya.
Kali terakhir dia bertemu dengan anak bongsu daripada lima beradik itu ketika cuti Aidiladha, 15 Oktober lepas.
Suasana pilu dan sedih menyelubungi kampung halaman sebaik jenazah Allahyarham tiba kira-kira jam 7 malam menggunakan kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Itam Labu kira-kira jam 7.15 malam untuk disemadikan.
Idam makan tilapia
Sempena cuti Aidiladha lepas, Allahyarham dikatakan menyatakan keinginan untuk makan ikan tilapia kegemarannya.
Musa berkata, keinginan itu disuarakan kepada ibunya sementelah Allahyarham sukar mendapatkan ikan itu melainkan di kampungnya sahaja.
“Mujur secara kebetulan saya dapat ikan itu di kolam berhampiran dan memang niat saya untuk berikan kepada dia dan kakak saya di belakang rumah.
“Saya bersyukur apabila keinginan dia dapat dipenuhi sebelum pergi,” katanya.
Musa berkata, lagak Norzita yang diibaratkan orang mengidam itu begitu asing kerana Allahyarham jarang bersikap sedemikian.
Katanya, ketika cuti itu juga, Allahyarham turut menunjukkan sikap pelik apabila membasuh kereta Toyota Wish miliknya dalam hujan.
“Dalam hati sudah berdetik, mungkin dia buang tabiat basuh kereta pada waktu itu, tetapi tidaklah menegur pula,” katanya.
Pendiam, pentingkan keluarga
Seorang lagi sepupu mangsa, Suhana Abd Aziz, 48, menyifatkan Allahyarham sebagai pendiam, namun mementingkan hubungan kekeluargaan.
Katanya, meskipun tidak terlalu akrab, namun setiap kali cuti, mereka kerap bertemu di kampung.
“Suaminya orang sini juga, jadi mereka sekeluarga memang selalu balik kalau cuti panjang dan perayaan.
“Allahyarham memang tak banyak cakap tapi mesra dengan ahli keluarga dan saudara lain.
“Saya tak sangka, dia pergi dalam keadaan zalim begitu, sampai sekarang saya tak sanggup nak tengok gambar kejadian, terlalu kejam,” katanya.
Kami reda
“Perkara dah berlaku, apa pun kami reda dan terima ketentuan ini,” itu kata luahan yang dapat dilontarkan bapa Allahyarham, Abu Talib Md Isa, 75.
Abu Talib ketika ditemui di kediamannya di Kampung Air Itam Labu, di sini, kelihatan tenang meskipun suara tangisan silih berganti mengiringi jenazah Allahyarham.
Menurutnya, tiada perasaan marah atau dendam terbit kepada suspek atas insiden itu, sebaliknya menganggap ia satu takdir.
“Nak marah macam mana.. Biarlah polis yang menyiasat, pakcik serahkan kepada polis sahaja,” katanya.
Beliau berkata, Allahyarham memang dikenali sebagai seorang yang komited bekerja.
“Dia memang begitu, tunggu sampai semua kerja betul-betul siap baru akan balik,” katanya.
Kali terakhir mereka bertemu pada cuti Aidiladha lepas apabila arwah sekeluarga bercuti selama tiga hari di kampung berkenaan.
Kamis, 13 Maret 2014
DITEMUI HUTAN DIBAWAH PADANG PASIR

. . . Salah satu tanda Kiamat adalah bahawa “tanah orang Arab” sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai-sungai selepas menjadi padang pasir untuk sekian masa yang lama . . .
Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : “Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai.”
[Diriwayatkan oleh Muslim (157)]




Rabu, 12 Maret 2014
Bunuh diri dalam mahkamah
myMetro
PETUGAS paramedik membawa Marin ke hospital selepas dia menelan sesuatu ketika dalam mahkamah (gambar kecil).
PHOENIX (Arizona): Pengunjung Mahkamah Tinggi Maricopa tergamam apabila seorang lelaki yang baru disabitkan kesalahan membakar rumahnya tiba-tiba terjatuh dan mati, semalam.
Sejurus sebelum itu, juri mendapati Michael Marin bersalah atas tuduhan khianat apabila membakar rumahnya yang bernilai AS$3.5 (RM11.1 juta).
Marin, 53, kelihatan terkejut dan memejamkan matanya ketika hakim membacakan keputusan sebelum dia dilihat memasukkan sesuatu ke mulutnya.
Dia kemudian menelannya dengan bantuan cecair dalam satu botol plastik.
Melalui rakaman kamera litar tertutup mahkamah, Marin dilihat terjatuh ke lantai beberapa minit kemudian dan menggelupur seperti terkena sawan.
Dia disahkan mati apabila tiba di sebuah hospital tidak lama kemudian, Apabila perbicaraan bermula Mei lalu, pendakwa berkata, Marin boleh dihukum penjara sehingga 16 tahun jika didapati bersalah. Rumah agam Marin musnah terbakar pada 5 Julai 2009 selepas dia gagal menjual bangunan berkenaan dalam satu lelongan amal. Bomba mendapati kebakaran di bangunan seluas 613 meter persegi (6,600 kaki persegi) itu disengajakan.
GA_googleFillSlot("HM_Island_Ad_400x200"); src="http://pubads.g.doubleclick.net/gampad/ads?correlator=1985609163658304&output=json_html&callback=GA_googleSetAdContentsBySlotForSync&impl=s&prev_afc=1&pstok=diJJ3HgBjPEKBRDG9-oE&client=ca-pub-7231624659937647&slotname=HM_Island_Ad_400x200&page_slots=HMWeb_Inside_Leaderboard%2CHM_Island_Ad_400x200&cookie=ID%3D819638d8589453c4%3AT%3D1341028331%3AS%3DALNI_MaTSG7QFlS2-hxuHg1VzHuAGeXrdg&url=http%3A%2F%2Fwww.hmetro.com.my%2Farticles%2FBunuhdiridalammahkamah%2FArticle&ref=http%3A%2F%2Fwww.hmetro.com.my%2F&lmt=1341028401&dt=1341028403607&biw=1260&bih=568&adk=649810479&adx=260&ady=1060&ifi=2&oid=3&u_tz=480&u_his=2&u_h=768&u_w=1280&u_ah=736&u_aw=1280&u_cd=24&u_nplug=8&u_nmime=16&flash=10.3.181&gads=v2&ga_vid=1030030501.1341028334&ga_sid=1341028334&ga_hid=1357387502&ga_fc=true">
Marin memberitahu pihak berkuasa, dia melarikan diri selepas membakar rumahnya dengan menuruni tangga tali dari tingkat dua dan memakai sut penyelam.
Tiada sesiapa cedera dalam kebakaran itu tetapi undang-undang Arizona menganggap kesalahan membakar bangunan sama seperti pembunuhan tahap kedua. Pendakwa berkata, Marin sengaja membakar rumahnya kerana tidak mampu membayar hutang. Ujian toksikologi akan dijalankan ke atas mayat Marin serta botol yang digunakannya di mahkamah. Bapa kepada empat anak, Marin adalah graduan undang-undang dari Sekolah Undang-undang Yale, pernah bekerja di Wall Street dan gemar aktiviti mencabar. - DM
Selasa, 11 Maret 2014
Inilah Budak Paling Cantik di Dunia
Korang kenal dengan Little Lolly, budak perempuan yang dikatakan paling cantik di dunia or can say The Most Younger Miss World in the world atau Ratu Dunia Terkecil/Termuda Dunia
Biasanya budak budak akan mempunya wajah comel (baby face yang cute dengan mata besar, bibir yang munggil dan pipi tembam) but this little lolly has a very beautiful face like a little princes dalam movie epik Cinderella.
Kepopularan Little Lolly ini adalah secara tak sengaja. Budak ini berasal dari Sinchuan China. Satu hari, wajahnya diambil gambar oleh seorang pelawat, Mr Lui yang kemudiannya memasukkan gambar budak ini ke dalam internet. Dia mula famous apabila gambar budak ini dipaparkan disalah satu forum popular di China yang kemudiannya menarik perhatian jutaan penduduk di sana, dengan kuasa perlebaran internet dan komunikasi tanpa sepadan, this little beauty face kemudiannya dipaparkan di blog-blog.
Dan sekarang dia sangat famous dan menjadi rebutan pelbagai syarikat pengiklanan di China. Tulakan, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, Allah yang tentukan.
Senin, 10 Maret 2014
Bisa Diinstal Namun BBM di Android Belum Bisa Digunakan

File instalasi BBM for Android bocor di internet. Aplikasinya sudah bisa diinstal namun belum dapat digunakan. Mengapa? Aplikasi berformat Android APK itu ramai dibicarakan di forum CrackBerry. File instalasinya sudah bisa diunduh dan berukuran sekitar 13MB, namun belum dapat digunakan.
Layanannya masih terkunci dan hanya terbuka bagi sebagian orang saja yang dipilih BlackBerry. Jika Anda menginstalnya, Anda akan terhenti pada layar pengaturan utamanya saja.
Berikut pernyataan resmi dari BlackBerry terkait kebocoran aplikasi BBM:
"Hingar bingar jelang peluncuran BBM for Android dan iPhone luar biasa. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang untuk antusiasme mereka, tapi kami ingin mereka tahu bahwa hanya sebagian orang yang dapat menggunakan aplikasi ini."
"Versi yang kami temui di web dalam beberapa hari terakhir bisa diunduh, tetapi tidak akan bekerja pada perangkat yang tidak disetujui dalam program beta."
BlackBerry diyakini akan meluncurkan BBM for Android secara resmi pada 18 September bersamaan dengan pengumuman BlackBerry Z30.
Anda tetap penasaran dan ingin mencoba aplikasinya? Klik tautan ini untuk mengunduhnya lalu instal langsung dari perangkat Android Anda dengan versi minimal Android 4.0.
Layanannya masih terkunci dan hanya terbuka bagi sebagian orang saja yang dipilih BlackBerry. Jika Anda menginstalnya, Anda akan terhenti pada layar pengaturan utamanya saja.
Berikut pernyataan resmi dari BlackBerry terkait kebocoran aplikasi BBM:
"Hingar bingar jelang peluncuran BBM for Android dan iPhone luar biasa. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang untuk antusiasme mereka, tapi kami ingin mereka tahu bahwa hanya sebagian orang yang dapat menggunakan aplikasi ini."
"Versi yang kami temui di web dalam beberapa hari terakhir bisa diunduh, tetapi tidak akan bekerja pada perangkat yang tidak disetujui dalam program beta."
BlackBerry diyakini akan meluncurkan BBM for Android secara resmi pada 18 September bersamaan dengan pengumuman BlackBerry Z30.
Anda tetap penasaran dan ingin mencoba aplikasinya? Klik tautan ini untuk mengunduhnya lalu instal langsung dari perangkat Android Anda dengan versi minimal Android 4.0.
Langganan:
Postingan (Atom)