Tampilkan postingan dengan label jam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jam. Tampilkan semua postingan

Rabu, 05 Maret 2014

Dua Beranak Maut Selang Dua Jam Persona PJW 9537 Di Cari

Dua Beranak Maut Selang Dua Jam - Persona PJW 9537 Di Cari | Sangat memilukan apabila nyawa dua beranak melayang hanya berselang dua jam 20 minit dalam dua kemalangan ngeri di Kilometer 247.6, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Senawang, kelmarin.
Dua Beranak Maut Selang Dua Jam - Persona PJW 9537 Di Cari

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.30 malam itu, mangsa yang juga kakitangan di Majlis Perbandaran Klang (MPK), Widayati Abdol Aziz, 41, yang memandu kereta Hyundai Atos bersama tiga anak lelakinya, Mohd Shahir Mohd Yusob, 11, Muhammad Shafiq Mohd Yusob, 15, dan Muhammad Shazwan Mohd Yusob,17, dalam perjalanan pulang dari rumah kakaknya di Melaka ke Taman Sri Kapar, Klang, Selangor.

Menurut seorang jurucakap polis, setibanya di tempat kejadian, kereta dipandu Widayati hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi lebuh raya lalu berpusing dan melintang di tengah jalan. “Muhammad Shafiq yang berada di tempat duduk belakang tercampak keluar dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah,” katanya.

“Manakala Widayati, Mohd Shahir dan Muhammad Shazwan tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibantu orang ramai sebelum diletakkan di lorong kecemasan sementara menanti bantuan tiba,” katanya kepada wartawan semalam.

Tambahnya lagi, Widayati sempat menghubungi kakaknya, Kamariah Abdol Aziz, 50, yang berada di Jasin, Melaka memaklumkan kejadian itu. “Kakak mangsa tiba di tempat kejadian melihat keadaan adiknya dan turut sama dua orang awam, Ismail Na’emat, 55, dan Khairul Hasni Abd Ghani, 40, yang cuba membantu.


“Bagaimanapun, kira-kira jam 11.30 malam, datang sebuah kereta Proton Persona hitam dipandu seorang lelaki berusia 20-an dipercayai hilang kawalan dan cuba mengelak kereta Hyundai ATOS di tengah jalan dan merempuh enam mangsa di lorong kecemasan,” katanya.

Akibat rempuhan itu, Widayati yang cedera parah di kepala meninggal dunia kira-kira jam 12.50 pagi di wad kecemasan HTJS, manakala Kamariah dan Ismail cedera parah. “Muhammad Shazwan, Mohd Shahir dan Khairul Hasni hanya cedera ringan dan jenazah dua beranak itu dituntut keluarga sebelum dikebumikan di Jasin, Melaka,” katanya.

Pihak polis meminta pemandu kereta Proton Persona hitam bernombor pendaftaranPJW 9537 tampil serah diri di balai berhampiran atau gerakan memburu dijalankan. sumber


Read More..

Minggu, 29 Desember 2013

Jam Tangan yang Terbuat Dari Batu Debu Gunung Berapi

Keberhasilan penjualan produk memang tergantung dari waktu yang dipilih dan ini salah satu contohnya.Seperti kita tahu adanya masalah penerbangan gara-gara abu yang dikeluarkan oleh gunung berapi di Islandia sana, bersamaan dengan itu diluncurkan sebuah jam yang berhubungan dengan hal tersebut.

http://www.elitetraveler.com/resources/images/press/romainjeromedna.jpg

Eyjafjallajökull-DNA adalah sebuah jam tangan yang cukup unik karena bagian dalamnya terbuat dari batu dan abu hasil erupsi dari gunung Eyjafjallajökull yang banyak mengakibatkan pembatalan penerbangan belakangan ini. Entah memang disengaja atau tidak, sepertinya jam ini diluncurkan untuk mengingatkan manusia terhadap bencana penerbangan, apalagi dengan disain bagian dalamnya yang dibuat seperti permukaan gunung berapi ditambah dengan lava yang sedang keluar dari permukaan.

http://blog.perpetuelle.com/wp-content/uploads/Copy-of-Crisis_Tourbillon111.jpg 

sumber 
Read More..

Selasa, 17 Desember 2013

Bilal diberi notis berhenti 24 jam

Dari kiri: Mohamad Kasim, Muhammad Yasser dan Md Nor.

JOHOR BAHRU - Selepas pemecatan seorang imam di Masjid Taman Perling, tiga bilal masjid itu pula ditamatkan perkhidmatan.

Notis penamatan jawatan bilal menerusi notis 24 jam diserahkan kakitangan jawatankuasa pentadbir masjid itu kira-kira jam 1 tengah hari, kelmarin.

Tiga bilal itu mendakwa tindakan itu tidak mengikut prosedur, malah menafikan hak bersuara.

Antara isi notis berkenaan mengatakan, pegawai tidak mempunyai surat tauliah sah daripada jabatan agama, melanggar peraturan, etika dan melanggar panduan dan peraturan Jabatan Agama Johor 1999 akan dihentikan.

Menurut Bilal I, Mohamad Kasim Shariff, 54, beliau tidak mendapat penjelasan kenapa ditamatkan perkhidmatan, sebaliknya notis diterimanya menyatakan dirinya tidak mempunyai surat tauliah.

“Saya mempunyai bukti saya ditauliahkan mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor, malah alasan saya melanggar peraturan etika juga tidak dinyatakan secara jelas," katanya kepada Sinar Harian.

Bilal II, Muhammad Yasser A Rashid, 28, yang setahun setengah berkhidmat di situ, memberitahu, dua lagi rakan sejawat akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempertahankan hak mereka.

“Saya terima notis berkenaan, namun saya tidak tandatangan surat itu yang turut dikepilkan cek satu bulan gaji kerana saya membantah tindakan ini.

“Isu Imam Muhammad Yusuf Baharuddin pun kami belum terima penjelasan. Kami akan merujuk perkara ini kepada jabatan agama selain menyatakan bantahan dan rayuan. Jika perlu di sisi undang-undang sivil, kita akan lakukan,” katanya.

Bilal III, Md Nor Bidin, 49, berkatam belua mahu keadilan dan diberi peluang  bersuara.

“Kami sepatutnya diberikan hak bersuara, iaitu menerusi surat amaran, tunjuk sebab sebelum tindakan diambil,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbir Masjid Perling, Mohd Yusof Hassan menjelaskan penamatan jawatan tiga bilal itu mengikut undang-undang.

“Kita ada segala butiran pelanggaran (peraturan) mereka dan diserahkan ke pejabat agama. Semua bukti ini dikumpulkan menerusi siasatan kami sejak enam bulan lalu.

“Kami mempunyai enam cara untuk menamatkan jawatan bagi individu yang dilantik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Johor, Ahmad Faizal Mohamed berkata, isu berkenaan masih lagi dalam siasatan.

“Saya perlu melihat laporan mengenai perkara ini. Kita sedang jalankan proses siasatan,” katanya.

Menurutnya, pemecatan penjawat yang bertauliah dan dilantik oleh pejabat agama perlu mengikut prosedur ditetapkan, manakala sekiranya lantikan itu dibuat atas dasar kontrak oleh masjid, ia tertakluk kepada pengurusan masjid.

Jumaat lalu, kira-kira 50 jemaah Masjid Jamek Taman Perling, di sini, berkumpul bagi mengadakan bantahan secara aman mengenai pemecatan imam II masjid berkenaan, Muhammad Yusuf.

Susulan pemecatan imam berkenaan, jemaah masjid mengumpul kira-kira 200 tandatangan sebagai menentang keputusan berkenaan untuk diserahkan kepada Pejabat Kadi daerah untuk perhatian lanjut. - SinarOnline
Read More..