Tampilkan postingan dengan label !. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label !. Tampilkan semua postingan

Senin, 03 Maret 2014

Motosikal Kereta Yang Gempak !

Naik Motosikal kadang-kadang lebih best daripada naik kereta. Senang nak parking, guna minyak pun tak banyak macam kereta. Cuma yang tak bestnya bila hari hujan atau terlampau panas. Belilah motosikal berkuasa tinggi atau besar macam mana pun. 

Bila hari hujan tetap kena cari tempat berteduh. Bila hari panas mesti kena panas. Bila berlaku kemalangan pula memang akan tumbang, terbalik, terseret, bergolek-golek Cukup bahaya langsung tiada ciri-ciri keselamatan.

Sungguh menarik dan teruja bila tengok motosikal tinjauan rekaan Lit Motors, syarikat automotif di San Francisco yang memperkenalkan Motosikal Elektrik C-1 dengan 2 tempat duduk yang bertutup sepenuhnya. Motosikal ni bukan saja membolehkan penunggangnya selesa dan tidak basah ketika hari hujan.

Malah ianya selamat kerana takkan terbalik atau tumbang bila berlaku pelanggaran. Motosikal yang diberi nama C-1 ni menggunakan ‘sistem penstabilan gyroscopic’ bagi membolehkannya kekal berdiri tegak walaupun tidak bergerak.

Video-video di bawah memaparkan bagaimana Motosikal Elektrik C-1 berfungsi. Teknologi kenderaan tinjauan gabungan motosikal dan kereta ni memang nampak hebat.

Katanya motosikal masa depan ni akan berada di pasaran pada penghujung tahun 2013. Dari segi harga memang mahal. Lebih kurang RM75,000 sebuah. 




LIHAT VIDEO . . .




Read More..

Sabtu, 08 Februari 2014

Penyakit Misteri Yang Sangat Mengemparkan !

Inilah kejadian yang sangat misteri iaitu " Fenomena manusia dawai dari Kalimantan Timur ". Fenomena tersebut telah mengemparkan masyarakat Indonesia dan mungkin hanya ada di Indonesia sahaja. Dimana seorang wanita bernama Noorsyaidah telah menderita sejenis penyakit yan sangat misteri, wanita malang ini mengeluarkan dawai besi dari dalam tubuhnya. 






Seperti yang kelihatan dalam gambar, dawai-dawai yang tertanam di dalam tubuh wanita ini kelihatan tembus hingga terkeluar dari perutnya. Pada pada bahgian telapak tangannya pula, dawai-dawai itu hanya kelihatan bayangan di bawah lapisan kulit, tetapi pada bahagian perut, batang-batang dawai berukuran 10-20cm itu kelihatan banyak yang terkeluar.
Fenomena ini memang sangat misteri dan menakjubkan. Malahan beberapa orang doktor mengaku belum pernah menemukan gejala penyakit seperti yang dialami wanita malang ini. Wanita malang ini bertugas sebagai seorang guru. Beberapa pakar perubatan sedaya upaya untuk membantu wanita malang ini. 


Berita ini sangat mengemparkan hingga menarik simpati menteri kesihatan negara tersebut. Nur Syaidah menderita penyakit ini sejak tahun 1991 ketika ia berusia 22 tahun, berbagai macam ikthiar telah dilakukannya untuk menyembuhkan penyakit tersebut namun hingga kini masih belum bertinjauan. Semoga beliau bersabar dengan dugaan yang hebat ini.

LIHAT VIDEO-VIDEO INI :


Read More..

Jumat, 27 Desember 2013

Potongan Rambut ini Haram bagi Orang Islam !


Fesyen mengayakan rambut dengan cukuran separuh,Sudah menjadi trend dalam kalangan remaja.Tapi mungkin ramai yang tidak sedar dan tidak tahu bahawa ianya adalah haram bagi mereka yang beragama Islam.Terdapat bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai qaza’.

Qaza’ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya.


Larangan melakukan qaza’ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menegah daripada melakukan qaza’ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala).”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud:
“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: “Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya).”
(Hadis riwayat Abu Daud)


Ayuh sebarkan dan semoga ianya bermanfaat.
Read More..