Kamis, 10 April 2014
Definisi Dan Kelebihan Template Responsive
Mutakhir, kemajuan teknologi mengalami anjakan paradigma yang cukup mengagumkan. Hampir setiap negara berusaha memajukan teknologi masing-masing demi membuktikan kemampuan tesendiri. Buktinya, lihatlah kewujudan gajet-gajet yang yang sebelum ini dianggap mustahil untuk dikonstruktif namun sekarang gajet-gajet tersebut menjadi realiti.
Antara syarikat besar yang telah berjaya dalam arena teknologi adalah seperti Samsung, Apple, Acer, Asus dll. Kewujudan syarikat-syarikat tersebut telah menjana peningkatan dalam teknologi. Gajet-gajet yang menjadi perhatian pada zaman sekarang seperti Tablet, Ipad, Telefon Pintar dan lain-lain merupakan aset penting bagi mereka yang gemar melayari Intenet.
Dahulu, Komputer atau komputer riba merupakan relatif utama bagi setiap orang untuk melayari Intenet. Kini, penggunaan komputer/riba bukan menjadi pilihan pertama buat pengguna intenet disebabkan kewujudan pelbagai gajet yang sedia ada.
Berdasarkan fenomena ini, penggunaan template yang responsive amat penting terhadap sesebuah blog terutamanya pengguna blogspot. Amatlah rugi jika tidak megunakan template yang responsive, cuba anda fikirkan template yang diedit cun melecun tapi bila online menggunakan telefon bimbit template itu berubah menjadi default seperti yang ditetapkan oleh blogger.
Apa Itu Template Responsive
Template responsive ialah template yang dapat menyesuaikan skala saiznya mengikut browser atau gajet tertentu. Cuba anda kecilkan saiz browser anda dan lihat perubahan yang terjadi kepada blog anda. Jika saiznya berubah mengikut saiz browser anda maka ia adalah responsive. Contoh grafik di bawah ini:
Penggunaan template yang responsive memberi impak yang positif terhadap blog terutamanya dalam seni SEO. Antara kelebihannya ialah :
Mengelakkan "Duplicate Content"
| masalah duplicate content |
Masalah duplikasi kandungan ini terjadi apabila terdapat isi kandungan blog yang sama dilulang di laman tertentu. Bagaimanakah ini berlaku ? Secara ringkasnya apabila anda melayari blog anda dengan menggunakan gajet seperti telefon pintar secara tidak langsung URL entri anda akan berubah.Contohnya www.bloganda.com, apabila URL tersebut dilayari dengan menggunakan Telefon / Tablet url-nya akan berubah menjadi www.bloganda?m=1/ .
URL yang berbeza tetapi entri yang sama. Inilah penyumbang berlaknya Duplicate Content. Tetapi jika anda menggunakan template yang responsive perkara ini tidak akan berlaku.
Rendahkan Nilai Bounce Rate
Bounce Rate bermaksud purata masa pelawat mengunujung blog kita. Apabila menggunakan template yang responsive design tidak akan berubah apabila dilayari menggunakan gajet tertentu. Jadi pengunujung lebih terpikat untuk singgah blog ke blog apabila melihat susunan yang rapi dan mudah dibaca dengan struktur warna yang menarik. Pengunjung pasti akan stay di laman tersebut. Kesannya Nilai Bounce Rate akan menurun.
Elokkah nilai bounce rate menurun : Isi lebih lanjut mengenai bounce rate singgah sini :
APA ITU BOUNCE RATE
Traffik Menigkat
Blog yang menggunakan template yang responsive lebih mudah untuk tingkatkan traffik blog.Seperti huraian di atas, majoriti manusia menggunakan gajet untuk melayari internet. Jadi template yang responsive sememangnya membantu.
| Sumber Traffik |
Kesimpulan
Penggunaan template yang responsive memberi karisme tersendiri kepada sesebuah blog. Anda tidak akan rugi atau menyesal jika menggunakan template yang responsive. Jadi fikir-fikirlah demi kemajuan blog anda juga.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar