Minggu, 29 Desember 2013
DAP Persoal Kemampuan Ismail Berbahasa Perancis

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP Segambut mempertikai pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sebagai Duta Besar Malaysia ke Perancis yang baharu.
Lim Lip Eng mempersoalkan kawajaran Ismail memegang jawatan itu kerana beliau didakwa tidak mempunyai kelayakan sebagai seorang duta dan tidak mampu berbahasa Perancis.
“Saya tiada ragu dengan kemampuan beliau (Ismail) dalam mencegah jenayah tetapi adakah beliau kompeten di Perancis.
“Walaupun kemampuan bercakap bahasa Perancis bukan satu pra-syarat tetapi ia juga memberi kelebihan jika diplomat kita mampu bertutur bahasa tuan rumah,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Media hari ini melaporkan Ismail dinamakan sebagai Duta Besar Malaysia ke Perancis yang baru.
Ismail mula menyertai Polis Diraja Malaysia pada tahun 1971 dan dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada September 2010 sehingga persaraan beliau pada 17 Mei lepas.
Justeru, Lip Eng meminta kerajaan memberi penjelasan mengapa Ismail dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Perancis.
Beliau turut mempersoalkan sama ada tiada invidu lain termasuk dalam kalangan pegawai kanan kerajaan yang lebih sesuai dan berkelayakan memegang jawatan itu.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar